WebNovels

Chapter 9 - CHAPTER 8: SOCIETY - JIN XP

Lorong akar di hadapan Zey semakin sempit, seolah-olah cuba menolak balik sesiapa yang ingin masuk lebih dalam ke perut Penjara Bunian. Namun langkah Zey tetap mantap. Kara yang kini sebahagiannya tertanam dalam kesedarannya, memberi arahan dalam bisikan lembut, seperti suara hati yang hidup dalam denyut darah.

"Dekat… kau tinggal 10 meter lagi. Isyarat Jin XP sangat kuat. Tapi berjaga-jaga. Zon ini dilindungi makhluk tahap 6."

Zey genggam telefon. Skrin memaparkan aura biru terang yang semakin memekat. Tapi bukan itu yang menakutkan dia.

Suasana di lorong itu sunyi terlalu senyap—senyap yang tak semula jadi. Seolah-olah dunia menahan nafas, menanti sesuatu berlaku.

Tiba-tiba, lorong terbuka ke sebuah ruang bulat yang dipenuhi simbol bercahaya di lantai. Di tengah-tengahnya, terdapat bebola kristal berwarna hitam kebiruan sedang diikat dengan rantai akar yang berdengung pelan seperti urat nadi. Di dalamnya, sesusuk makhluk kecil terapung. Tubuhnya berasap, matanya tertutup, dan sepasang tanduk halus menghiasi kepalanya. Sekali pandang seperti budak lelaki kecil berpakaian koyak.

Zey melangkah mendekat.

PENGESANAN: MAKHLUK TERKUNCI

Nama: Jin XP

Jenis: Binatang Sahabat (Asal Tidak Diketahui)

Status: Dalam Pemeterian Bunian

Kesan: +20% XP per serangan, +1 slot kemahiran pasif

Bahaya: Tidak Diketahui

"Makhluk ini bukan dicipta. Ia… muncul selepas Ribut Dimensi."

Zey mengangkat tangan untuk menyentuh kristal, tetapi akar-akar tiba-tiba menggila, menjulur seperti ular, cuba menggenggam tubuhnya. Dia melompat ke belakang, tetapi satu akar melibas dan mencakar dada kirinya.

"ARGH!" Zey menjerit.

Kara segera memberi amaran dalam kepala:

"Bunian Penjaga dikesan. Makhluk penjaga tahap 6. Bersedia."

Dari balik dinding akar, muncul sesosok makhluk tinggi—kurus, berkulit biru tua dengan mata hitam pekat tanpa anak mata. Di tangannya, sebatang tongkat diperbuat daripada tulang dan kuku manusia. Suaranya menggema dalam lorong seperti loghat lama.

"Jin ini tidak layak untuk manusia berdarah… kau bukan pewaris!"

Zey berdiri walaupun darah mula mengalir dari bahu ke rusuk. Nafasnya berat, tapi hatinya tetap.

"Kalau aku tak layak, kenapa sistem bawa aku ke sini?" Zey jawab sambil angkat telefon.

Makhluk itu meraung dan meluru. Zey tekan arahan Kemahiran Bayang, tapi Kara bersuara pantas:

"Guna darah terus. Tiada masa. Direct-link ke Jin."

Zey angkat tangan yang berdarah dan letak terus di atas permukaan kristal. Serentak, kristal itu menyerap darahnya, bukan secara fizikal, tapi secara mental. Zey terasa jiwanya ditarik masuk ke ruang kosong.

Dalam Ruang Jin XP

Zey kini berdiri dalam ruang hitam kosong, dikelilingi cahaya biru berbentuk kod dan simbol. Di tengah ruang itu berdiri makhluk kecil dari dalam kristal tadi, mata kini terbuka, bersinar putih terang.

"Siapa kau?" soal makhluk itu. Suaranya dua lapis. Satu budak, satu… tua.

"Zey. Aku nak kau jadi Binatang Sahabat aku."

Makhluk itu mendekat. Tatapannya tajam. "Berapa kali kau sanggup mati?"

"Seberapa banyak yang perlu… kalau itu syaratnya."

Makhluk itu senyum nipis. "Aku bukan alat. Aku memakan trauma. Aku hidup dari luka-luka yang kau tak mahu ingat. Kalau kau ikat aku… aku akan hidup dalam kepala kau sampai kau hancur."

"Bagus," Zey jawab tanpa ragu. "Sebab aku dah lama hancur."

Makhluk itu mengangkat tangan kecilnya dan letak di dahi Zey. Cahaya menyambar.

Kembali ke Dungeon

Zey tersedar semula dalam bilik akar. Kristal sudah pecah. Jin XP kini melayang perlahan di belakang bahunya, matanya putih, tubuhnya diselimuti asap kelabu.

[Perjanjian Terbentuk – Jin XP Kini Aktif]

Bonus XP: +20% (berterusan)

Kemahiran Baharu Tersedia: Letupan Bayangan | Perisai Emosi

Bunian Penjaga meraung dan cuba menyerang, tetapi Jin XP meluncur ke hadapan, mata bersinar, lalu menjerit dalam bahasa dimensi. Gelombang suara itu memecahkan tongkat Bunian dan menolak makhluk itu ke dinding, sebelum tubuhnya berpecah menjadi ribuan serpihan.

XP melimpah masuk ke dalam Zey.

XP +150

Level Up: 4 → 5

Zey terduduk. Tubuhnya lemah, tapi senyumnya nipis. Jin XP mendarat di bahunya, matanya kembali pejam.

"Kau bukan sekadar pet. Kau makhluk pelik yang mungkin bunuh aku satu hari nanti…"

"Tapi buat masa sekarang… kita kawan."

More Chapters