WebNovels

Blue Zenith Academy

Solofish
--
chs / week
--
NOT RATINGS
2.3k
Views
Synopsis
A teenage guy being force by their family to continue their legacy by pursuing academic excellence within the institution of Blue Zenith Academy. Which mean he must relinquish his life as mercenary. The life that he create full of his heart, sweat blood and tears. Most certainly, he shall not proceed.
Table of contents
VIEW MORE

Chapter 1 - Chapter 0

Dah selesai,

jangan menyesal.

Aku akui kata-kata hikmat yang aku bicarakan sekarang ini amat klise bagi kalian. Lagipun aku jumpa di media sosial semasa sedang membunuh masa.

Kata-kata yang sering diucapkan oleh bocah-bocah aneh yang mengikut trend aneh yang sama tahap aneh dengan mereka.

Tapi tunggu sebentar. Walaupun kata-kata aneh diucapkan oleh orang aneh menggunakan penyampaian yang aneh di tempat yang aneh, aku perlu mengaku bahawa dengan kata-kata itu aku dapat bertahan hidup sebagai seorang

m-a-n-u-s-i-a di dunia yang aneh ini.

Dunia yang dipenuhi dengan magik yang luar biasa namun membinasakan dan kekuatan adalah perkara yang mutlak jika kamu mahu hidup dengan mewah.

Seluruh hidupku diseksa dengan pelbagai cabaran semenjak aku mendaftar di Blue River Academy sebagai sorang pelajar.

Blue River Academy merupakan salah satu daripada 12 akademi magik yang terulung di seluruh dunia di mana melahirkan genius magik seperti The Forgotten User.

Dari hari pertama sampai tahun ketiga aku berada di sini seperti berada di lembah kesengsaraan yang dapat membuatmu mati walaupun lengah sedikitpun.

Ingin merasakan erti kesedihan, putus asa, tiada tempat untuk bergantung dan rasa dikhianati.

Selamat.

Anda memilih untuk datang di tempat yang tepat.

Dimana neraka mendatangi dan menemani anda.

"Dah habis berangan?" Aku menoleh kebelakang dan belum sempat aku memberikan reaksi dia menepuk belakangku dengan kuat sehingga kami berdua menjadi tumpuan utama dalam kelas untuk seketika.

"Bukankah dia Risa?" Pelajar yang berada di sebelahnya terkejut apabila kawannya bertanya.

Nama yang tidak asing lagi dalam Blue River Academy.

"Maksud kamu Risa The Aegis Treaty?" Suasana yang riah menjadi tegang apabila semua terdiam dengan pernyataan Kevin.

Risa memandangku tanpa menganjak sedikitpun dan tertawa kecil tanpa mempedulikan reaksi mereka.

Sangat mudah untuk mengenali Risa. Rambut perang separas bahu tergantung pada wajahnya yang terukir manis tetapi mengancam. Matanya berwarna perak jernih dan lebih menawan daripada yang seusia dengannya. Parut yang berada di bawah mata kanannya menjadi daya tarikan tersendiri.

Kerana itu dia dikenali sebagai The Aegis Treaty.

Salah satu tiga bidadari tahun empat di River Blue Academy.

"Jadi maksud kamu yang berada di sebelahnya ialah ..."

Ada benda yang kalian perlu tahu tentang The Aegis Treaty.

Dimana ada dia, disitu ada

"The Useless One!"

Betul.

Itu adalah aku.