WebNovels

Chapter 4 - 4 Senjata baru?

Setelah melangkah keluar dari bilik kawalan permainan, Izumi termenung sebentar di lorong rumahnya yang sunyi. Dunia digital yang mengujakan sebentar tadi terasa begitu kontras dengan kesepian realiti. Dia menghela nafas panjang.

“Ahhh… Tak sangka dah pukul 6:40 petang. Ibu dan ayah masih belum balik,” bisiknya perlahan, dengan nada yang sedikit hambar.

Izumi bergerak perlahan ke bilik tidurnya. Dia memilih sepasang pakaian bersih dan menuju ke bilik air. Air suam menyimbah tubuhnya, cuba mencuci penat yang tidak kelihatan. Namun mindanya tetap terbang entah ke mana—ke NeverLandOnline, ke mimpi, dan ke persoalan tentang dirinya yang sebenar.

Pintu bilik air ditutup perlahan. Cermin besar memantulkan bayang seorang gadis muda—berambut panjang, kulit pucat bersih, dan tubuh yang jelas bukan milik lelaki biasa.

Izumi berdiri di hadapan cermin, memerhati refleksi dirinya dengan tatapan yang sukar dimengertikan. Tuala membaluti tubuhnya, namun bukan kesejukan yang membuatkan dia menggigil.

"Aku... begini sekarang?" bisiknya.

Dia menarik nafas perlahan dan melangkah masuk ke dalam bathtub. Air suam menyambut tubuhnya yang langsing itu, mengalir lembut di sekitar kulitnya seperti tangan yang menenangkan jiwa. Rambut panjangnya terapung perlahan, mengelilingi wajahnya yang tampak lebih halus daripada dulu.

“Kenapa... rasa ni macam betul?” Soalan itu keluar dari bibir merah jambu yang kini sudah menjadi miliknya.

Dia menyandarkan kepala ke dinding bathtub, merenung siling kosong.

Mimpi itu...

Suara wanita yang bercahaya dalam mimpi masih bergema dalam fikirannya. “Kau harapan terakhir… ARCCENDER terakhir di bumi…”

Bulu romanya meremang. Jantungnya berdegup sedikit laju, bukan kerana ketakutan, tapi kerana... rasa yang lebih dalam. Rasa seperti dia pernah mendengar suara itu. Rasa seperti dipanggil oleh seseorang yang dia pernah cinta. Seseorang yang pernah hilang. Seseorang yang mungkin... adalah dirinya sendiri?

Air mata tanpa sedar bergenang di hujung mata. Dia pantas menyekanya, marah pada dirinya sendiri.

"Takkan aku menangis...?" katanya separuh menggerutu. Tapi suaranya lembut, bergetar. Suara perempuan.

Dia meraup wajah dengan kedua-dua tangan, membiarkan air mengalir turun seperti ingin mencuci segala kekeliruan.

“Kalau ini hanya permainan… kenapa rasa macam aku hidup semula?”

Selepas beberapa ketika, Izumi bangun dari rendaman itu. Air menitis dari hujung rambut dan hujung jari, dan dia segera mengambil tuala untuk menutup tubuhnya yang kini benar-benar asing tapi... tidak lagi terasa janggal.

Melangkah keluar, dia terhenti seketika di hadapan cermin semula. Gadis itu masih di situ, memandangnya kembali.

Tapi kali ini, dia tidak berpaling. Sebaliknya dia bisik perlahan...

“Aku Izumi. Dan mungkin... aku memang sepatutnya begini.”

Selesai mandi, dia ke dapur dan memulakan persiapan makan malam. Bunyi hirisan, desiran minyak panas, dan aroma makanan mula memenuhi ruang rumah yang sepi. Masakannya bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga sebagai tanda kasih buat ibu dan ayahnya yang selalu sibuk.

Apabila jam berdetik ke angka lapan, bunyi ketukan halus bergema dari pintu utama.

Tok! Tok! Tok!

“Izumi, kami balik,” suara ayah dan ibunya bergema dari luar.

Seketika senyuman kembali mekar di wajah Izumi. Dia segera berlari ke pintu, membukanya dengan pantas. Wajah kedua orang tuanya yang keletihan tapi ceria menyambutnya.

Malam itu, mereka makan bersama. Gelak tawa, cerita harian, dan kasih sayang terjalin di antara pinggan dan mangkuk. Namun dalam hatinya, Izumi merasa satu kekosongan yang dia sendiri tak dapat jelaskan.

**

Malam menjelma semakin pekat. Izumi terlena di atas katilnya.

Dalam kelam mimpi, kabus tebal menyelubungi ruang sekeliling. Dari kejauhan, kelihatan sosok wanita berdiri dengan jubah putih menyala, matanya bercahaya perak.

“Awak adalah harapan umat manusia,” suara wanita itu bergema, tenang namun penuh kuasa. “Tolong... jangan hampakan harapan mereka. Hanya awak sahaja... ARCCENDER terakhir di bumi ini. Yang lain sudah tiada.”

Izumi cuba bertanya, cuba mendekati... namun bayangan itu menghilang seperti debu.

**

Keesokan harinya…

Izumi terjaga perlahan dari tidurnya. Kepalanya terasa berat, seakan mimpi itu bukan mimpi semata. Dia bangkit, mencapai tuala dan pakaian, lalu melangkah ke bilik air.

Berendam dalam air suam, dia merenung siling sambil memejamkan mata.

“Siapa sebenarnya wanita itu?” bisiknya sendiri. “Kenapa suara dan wajahnya terasa… sangat dekat?”

Air menjadi saksi keresahan yang membuak dalam dadanya. Usai berendam, dia membilas tubuh dan membalut diri dengan tuala, melangkah perlahan ke bilik untuk berpakaian.

Turun ke dapur, dia terhenti melihat meja makan yang sudah terhidang. Ada sepiring nasi goreng, secawan susu, dan sekeping nota kecil.

> “Ibu sudah buat sarapan pagi. Izumi jangan lupa makan ya. Ibu dan ayah pergi dulu. Jaga diri baik-baik, Izumi. – Dari Alia, ibu Izumi.”

Dia memegang nota itu erat. Senyum nipis terukir, namun di balik senyuman itu... terselit tanda tanya yang semakin meresap ke dalam hati dadanya sebak. Air mata menitis perlahan, tanpa dipaksa.

“Kenapa aku senang sangat menangis sekarang…” bisiknya sambil mengesat pipi. “Ugh… jadi perempuan ni betul-betul cabar emosi.”

Walaupun bukan kali pertama menerima nota seperti itu, setiap kali membaca tulisan ibunya—lebih-lebih lagi selepas perubahan fizikal dan jiwanya—Izumi terasa lebih mudah tersentuh. Kata-kata ringkas pun membawa makna besar.

Selesai menjamah nasi goreng dan susu yang hangat, Izumi mencuci pinggan dan duduk di sofa. Kekenyangan mula merayap naik ke kelopak mata.

“Kalau ni dunia game, aku dah kena efek ‘Food Coma’ level max…”

Namun ketenangan pagi itu tiba-tiba diganggu dengan bunyi ketukan kuat di pintu.

TUK! TUK! TUK!

Izumi yang baru saja berbaring di sofa kerana terlalu kenyang, terkejut apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Dia bangun perlahan, masih terasa kekenyangan.

“Siapa pula pagi-pagi ni…” gumamnya perlahan. Muka masih kusut, rambut sedikit bersepah, dan pakaiannya hanyalah T-shirt putih yang agak singkat dan seluar pendek paras paha.

Dia membuka pintu sedikit — cukup untuk melihat siapa yang berada di luar.

“RAAA!!!”

Satu suara sergah meletup dari celah pintu.

“Eh—”

DUMM!

Izumi terbaring serta-merta di depan pintu rumah. Pengsan. Tak sempat jerit. Tak sempat maki. Total shutdown.

---

“Astaga! Woi, Izumi?!”

Amirul terus panik. Dia menunduk melihat Izumi yang kini terbujur di atas lantai, tangan terbuka, dan wajahnya kelihatan damai… terlalu damai… macam heroin lepas scene klimaks anime.

“Eh… dia betul-betul pengsan ke? Aku main-main je tadi...”

Tapi matanya—matanya tak sengaja meliar…

Baju Izumi yang singkat itu sedikit terselak di bahagian pinggang kerana jatuh terbaring. Kulit putihnya jelas kelihatan. Seluar pendek pula... ya, pendek betul.

Amirul cepat-cepat tunduk, gigit bibir, dan berpaling ke sisi.

“Fokus! Fokus! Jangan jadi binatang sekarang!”

Namun...

SLAP!

“WOI! Apa kau buat?!”

Yuliana Yuna muncul di belakangnya, melayang satu pelempang sambil menjeling tajam.

“Tak! Aku… aku tengah periksa denyutan nadi!”

“Periksa kepala hotak kau!”

Amirul terus ke tepi macam kucing basah.

Dengan gerakan berhati-hati tapi penuh tenaga, Yuna tunduk dan mengangkat tubuh Izumi. Dia berjaya mengangkatnya ke dalam dan meletakkan di atas sofa tanpa banyak kata.

Amirul masih di pintu, takut-takut nak masuk.

“Yuna… aku rasa aku trauma sikit… tapi dalam masa sama… aku berdosa ke tengok benda tu tadi?”

Yuna baling bantal ke muka Amirul.

“BTW KAU DUDUK SINI! Jangan kacau dia, jangan sentuh dia, dan jangan buat benda bukan-bukan dengan dia. aku nak ke dapur kejap INGAT!” tegas Yuliana Yuna sambil memberi jelingan maut tajam ke arah Amirul.

Amirul mengangkat tangan tanda akur — macam pesalah baru kena soal siasat. Yuna terus berlalu ke dapur sambil mengomel perlahan.

Amirul duduk di sisi Izumi yang masih terbaring di sofa. Matanya tak dapat lari daripada pipi merah jambu Izumi yang kelihatan lembut macam mochi segar.

“Comelnya dia…” bisik Amirul, tangannya perlahan menghulur.

Cubitan kecil. Lembut di pipi.

“Heheh… tak boleh tahanlah…” gumamnya sambil tersenyum lemah, antara rasa bersalah dan kagum.

Dia menarik nafas panjang dan bersandar ke belakang.

“Bro… macam mana kau boleh hidup dengan dua bukit dekat dada…” gumamnya perlahan sambil menggeleng kepala — lebih kepada soalan falsafah hidup.

“WOI! KAU BUAT APA TU?!” satu suara kuat dari dapur mengejutkan Amirul.

“Eh tak! Tak buat apa pun! Sumpah tak usik!” kata Amirul cepat-cepat, berdiri separuh, tangan terangkat macam orang mengaku salah tapi tak bersalah.

Yuna menghampiri dengan semangkuk air suam, tuala kecil, dan ekspresi yang tak main-main.

Dia duduk di sisi Izumi, menyelak rambut perak lembut milik gadis itu perlahan. Jemarinya terhenti seketika, pandangannya terkaku melihat wajah Izumi dari dekat.

“Cantik sangat dia ni…” bisik Yuna dalam hati, sebelum cepat-cepat menyeka dahi Izumi dengan tuala yang telah diperah suam-suam itu.

Pada saat itu, Izumi mula menunjukkan tanda-tanda sedar — kelopak mata bergerak sedikit, nafas mula teratur.

Namun dia masih di antara sedar dan tidak, hanya mendengar suara dua sahabatnya bertekak di atas kepalanya.

“Aku dah cakap dah tadi jangan segah dia macam tu!” tegas Yuna, nada masih geram.

“Manalah aku tahu dia nak pengsan! Kalau aku tahu dia jenis mudah tumbang, aku jerit ‘hai’ je kot tadi!” balas Amirul dengan nada bersalah bercampur bela diri.

Yuna menjeling lagi.

Amirul angkat tangan lagi. “Okay, okay. Aku salah. Tak sengaja. Tapi serius, kalau Izumi dah macam ni... aku tak boleh bayang kalau dia kena prank dekat sekolah nanti…”

Izumi sudah sedar dan perlahan-lahan membangunkan dirinya dari sofa. Dengan suara yang masih lemah tapi jelas, dia bersuara, “Takpe... Amirul cuma nak bergurau je.”

Serentak, Amirul dan Yuliana Yuna menoleh ke arah Izumi. Yuna terus meluru ke sisi sofa, wajahnya penuh risau. “Izumi, awak tak apa-apa?” soalnya lembut.

“Izumi… aku minta maaf. Sumpah aku tak ada niat langsung nak buat kau pengsan tadi…” Amirul merapat, suaranya penuh penyesalan sambil menundukkan wajah.

Izumi tersenyum kecil, walaupun masih keletihan. “Takpe la… aku maafkan. Lagipun, aku okey je sekarang. Tapi… eh, korang datang rumah aku ni kenapa sebenarnya?”

“Oh! Kita orang nak ajak kau join Guild War malam ni, pukul 8 malam,” jawab Amirul cepat, seperti baru teringat tujuan sebenar mereka datang.

“Aku dah suruh Amirul bagitahu awal-awal, tapi dia lupa. Lepas tu pula… dia bagi seribu satu alasan,” celah Yuliana Yuna, menjeling tajam ke arah Amirul yang hanya mampu tergelak kecil sambil menggaru kepala.

“Haha… sorry sorry. Tapi nasib baik sempat bagitahu, kan?” kata Amirul cuba mencairkan suasana.

Izumi mengangguk perlahan. “Hmm, takpe. Nanti aku join. Pukul berapa kena ada kat server zone tu?”

“Guild War mula pukul 9 malam, tapi dalam pukul 8 lebih dah boleh masuk. Paling lambat pun pukul 8:40 kau kena ada,” terang Yuliana Yuna sambil mengambil tuala di dahi Izumi dan memicitnya perlahan, memastikan suhu Izumi sudah normal.

Selepas berbual panjang dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, Amirul dan Yuliana Yuna pun meminta diri untuk pulang. Izumi menghantar mereka hingga ke pintu, sempat mengucapkan terima kasih sebelum kembali ke ruang tamu.

Tak lama kemudian, Izumi melangkah masuk ke biliknya dan berdiri di hadapan kapsul NeverGear. Dia menarik nafas panjang, senyum penuh semangat kembali terukir.

“Guild War, senjata baru… dan mungkin jawapan dari mimpi tu... Let’s go.”

Dengan langkah mantap, dia masuk ke dalam kapsul, bersedia menyambung semula pengembaraan dalam dunia NeverLandOnline.

Welcome to NeverLand Online

"Selamat kembali, ratuku," sambut Aly dengan suara tenang namun mesra, sebaik sahaja Izumi membuka mata dalam dunia maya.

"Marilah, saya akan hantarkan ratuku ke bengkel pembuat senjata," sambung Aly sambil memimpin langkah ke arah laluan mekanikal terapung.

Selepas berjalan lebih kurang lima belas minit di sepanjang koridor futuristik yang berkilauan dengan cahaya neon, mereka tiba di sebuah bengkel luas penuh dengan mesin pencetak canggih, lengan robotik dan pelbagai senjata unik yang tersusun kemas.

Sebuah robot berkepala bulat dengan nama R40B meluncur ke hadapan lalu menyapa, "Ratuku, R40B menyambut dengan penuh hormat. Saya telah dimaklumkan bahawa ratuku memerlukan senjata khas. Apakah jenis senjata yang ratu perlukan? Saya sedia bantu sepenuh hati."

Izumi menjawab ringkas, “Ada senjata seperti pistol atau sniper tak?”

R40B mengangguk. "Ada, ratuku. Mohon beri saya sedikit masa untuk proses penciptaan."

Robot itu bergerak ke sebuah mesin utama dan mula memprogram sistem. Dalam beberapa minit, sepasang senjata bergaya moden keluar daripada mesin pencetak nano.

“Ini dia—NanoRailGun.”

“Senjata ini menggunakan tenaga sebagai peluru. Jika digabung rapat, ia akan berubah menjadi assault rifles. Jika ditindihkan secara depan-belakang, ia akan berubah menjadi sniper rifle.”

R40B menerangkan lagi:

> “Untuk makluman ratuku, senjata ini bebas dari pengaruh stat asas. Ia akan menjadi semakin kuat apabila digabung dengan core hasil kekalahan monster peringkat tinggi.”

---

Nama: NanoRailGun

Penembusan: 500

Tajam: 800

Ketajaman: 700

Info Senjata:

NanoRailGun ialah senjata nano-teknologi fleksibel yang boleh berubah bentuk kepada:

– Double Sword

– Double Gun

– Sniper Rifle

– Assault Rifles

Senjata ini direka mengikut gaya bertarung dan strategi pengguna.

---

"Aly, sambungkan komunikasi ke R2 sekarang," arah Izumi tanpa berlengah.

"Baik, ratuku. Sila tunggu sebentar..." kata Aly sambil mengakses jalur komunikasi dan menghantar isyarat digital.

Sambil itu, Izumi berpaling ke R40B. “R40B, boleh tak kamu ubah Aly ke bentuk manusia?”

R40B menjawab, “Boleh, ratuku. Malah, Ratu Versi-1 pernah meninggalkan pelan prototaip NanoHuman untuk Aly. Namun, bentuk itu dalam konfigurasi wanita. Adakah ratuku masih mahu meneruskannya?”

Izumi hanya tersenyum nipis. “Aku setuju. Buat sekarang.”

“Segera, ratuku,” kata R40B sambil mesin di belakangnya mula memproses transformasi Aly ke dalam bentuk humanoid.

Aly pula menyatakan, “Ratuku, saya telah berjaya menyambungkan jalur komunikasi kepada R2. Saya akan aktifkan sekarang.”

“Salam hormat, ratuku. R2 di sini, bersedia menerima arahan,” suara dari R2 kedengaran melalui saluran suara Aly.

Izumi terus memberi arahan penuh taktikal:

> “R2, aku arahkan kau untuk cari lokasi monster terkuat di kawasan sekitar. Turunkan aku berdekatan, dan siapkan sistem tembakan sokongan tersembunyi. Pantau setiap pergerakan yang mencurigakan. Jika aku beri isyarat, teruskan serangan tanpa ragu.”

“Arahan diterima. Operasi pengesanan dan penyusupan akan dimulakan sekarang,” balas R2 tegas.

Berapa minit kemudian

Lokasi yang ratuku minta telah dikenal pasti. Adakah ratu mahu ditelaport sekarang?” tanya R2 melalui saluran komunikasi holografik.

Izumi mengangguk. “R40B, saya akan turun ke bawah. Tolong teruskan proses menaik taraf Aly ke bentuk prototaip NanoHuman,” arah Izumi.

“Dengan segera, ratuku,” balas R40B sambil mengaktifkan bilik produksi di dalam kapal angkasa.

“R2, teleport sekarang.”

“Baik, Bersedia untuk teleportasi.”

Sekelip mata kemudian, Izumi muncul di puncak sebuah gunung berapi purba, diselubungi angin panas dan langit merah menyala yang menindih cakrawala. Di bawah sana, seekor naga raksasa berdarah kuno—Ancient Blood Dragon—merenung ke langit dengan mata bersinar merah garang, seolah menyedari kehadiran pemangsa setaraf.

Sistem permainan memancar satu pemberitahuan khas:

> [Side Story Unlocked]

Anda adalah pemain pertama yang menemui Ancient Dragon – jenis Blood.

Misi khas diaktifkan: “Slay the Ancient.”

Ganjaran: +200 Level dan 1 Ancient Dragon Fragment.

Izumi menyeringai tipis, bibirnya melukis senyum yang membawa erti cabaran.

> “Hadiah yang menarik… Aku terima.”

Dia menukar NanoRailGun ke mod Sniper Rifle, lalu menarik ruang peluru. Sebutir peluru khas—dilimpahi tenaga kristal dari monster elit—dimasukkan dengan teliti. Cahaya biru berkilau di sepanjang laras senjata, bersedia untuk tembakan maut.

> “R2, adakah meriam utama di kapal angkasa mampu menembusi pertahanan naga itu?”

“Maaf, ratuku. Meriam laser utama tidak mencukupi untuk menembusi kulit Ancient Dragon. Namun, jika ditembak dengan kuasa maksimum, kebarangkalian keberkesanan meningkat kepada 37%.”

> “Kalau begitu, cas penuh tenaga dahulu. Maklumkan aku sebaik siap,” arah Izumi tanpa mengalihkan pandangannya dari sasaran.

“Perintah diterima. Tambahan: Aly kini bersedia untuk diturunkan ke medan. Arahan?”

> “Turunkan sekarang.”

Beberapa saat kemudian, gegaran hebat bergema dari perut kapal angkasa.

> FWOOOSH—KRA-THOOMM!

Suara angin yang menggerunkan dan hentakan berat menggema, seakan-akan langit dan bumi bertembung. Debu hitam membadai ruang udara, menyelimuti puncak gunung berapi. Dari balik kabut kelam, muncul siluet seorang gadis remaja yang jatuh dari langit dengan kelajuan tinggi, seperti unit tempur yang dihela keluar dari dek kapal angkasa. Dia mendarat dengan keras, berlutut dalam posisi siap sedia, meninggalkan jejak getaran yang memaksa tanah di bawahnya bergetar.

Dia mengenakan Battle Nanosuit versi elit—kombinasi warna hitam, putih, biru neon, merah dan kuning keemasan. Kedua-dua tangannya memegang pedang tenaga biru neon yang berdenyut dengan nadi kekacauan.

> “Aly—NanoHuman prototaip, aktif. Bersedia melindungi Ratu.”

Suara gadis itu tenang, namun menggigit—seperti pemangsa yang sudah menandakan mangsanya.

Dentuman itu menggoncang langit, dan debu pekat membadai ruang udara. Dari balik kabut muncul siluet seorang gadis remaja—langkahnya mantap, penuh aura ketenteraan.

Dia mengenakan Battle Nanosuit versi elit, gabungan warna hitam, putih, biru neon, merah dan kuning keemasan. Kedua tangannya memancarkan pedang tenaga biru neon yang berdenyut dengan nadi kekacauan.

> “Aly—NanoHuman prototaip, aktif. Bersedia melindungi Ratu.”

Suara gadis itu tenang, namun menggetarkan—seperti pemangsa yang sudah mengunci mangsanya.

> “Ratuku,” suara R2 berkumandang dari jalur komunikasi dengan nada tegas, “pengumpulan tenaga utama kapal telah mencapai kapasiti penuh. Meriam utama bersedia untuk melancarkan tembakan penuh kuasa. Namun berdasarkan tahap tekanan semasa, hanya dua tembakan boleh dilepaskan. R2 menunggu perintah Ratu untuk tembakan pertama.”

Izumi menarik nafas dalam-dalam, aura darah di sekelilingnya bergetar. Cahaya dari visor matanya menyala terang seperti mata seekor pemangsa.

> “Aly, mod Destroyer. Sasaran—Ancient Dragon’s Blood. Kunci lokasi dan tunggu isyaratku,” katanya tenang tapi tegas.

Aly memberi anggukan mekanikal, dan seluruh perisai tubuhnya berubah—bahagian sayap terbuka dan menghasilkan deruman tenaga. Mata birunya menyala, dan di bahunya, laras senjata berputar perlahan, menyedut tenaga dari udara sekitar.

Izumi melompat semula ke posisi sniper. Di bahunya, NanoRailGun dipasang dengan mod jarak jauh. Peluru khas yang diperkuat dengan dipasang secara automatik. Nafasnya diatur, matanya fokus.

> “R2... Aly... bersedia dalam kiraan aku. Satu... dua... tiga... empat—TEMBAK!!”

> FWOOOOMMM—KRA-BOOOMMM!!!

Bunyi tembakan memecah langit. RailGun Izumi meletupkan pancaran biru neon lurus seperti tombak cahaya. Serentak itu, kapal perang melepaskan meriam tenaga merah putih yang membelah atmosfera. Aly pula, dalam bentuk Destroyer, mengaktifkan Laser Obliteration Beam, menembusi awan dan debu seperti matahari yang jatuh ke bumi.

> BUUUFFFF... ZUUUUUMMMMM... BOOOOMMMM!!!

Letupan berganda menggegarkan kawasan sekitar gunung berapi. Tanah merekah, lava memercik, dan angin ribut menolak segala yang ringan ke udara. Dentuman itu seolah-olah menghentikan waktu—senyap sesaat... kemudian ledakan gelombang kejut menyapu segalanya.

Asap dan debu mula reda. Izumi menyandar sedikit, cuba mengawal degupan jantungnya.

> “...Dah settle ke? Tapi... kenapa sistem tak bagi notis?”

Tiba-tiba, satu gaungan menggetarkan seluruh lembah—

> RUUUUAAAAAAARRRRHHH!!!

Dari balik debu, siluet raksasa itu muncul semula. Ancient Dragon’s Blood masih berdiri, walaupun tubuhnya koyak, sebahagian sisiknya terbakar, dan satu matanya hancur. Namun, taringnya masih penuh bisa. Bar HP-nya kini hanya berada sedikit di bawah separuh.

Izumi terpaku. Nafasnya terhenti seketika.

> “Tak masuk akal... itu dah serangan penuh tenaga kapal, ditambah dengan Destroyer Beam... macam mana dia masih—?”

Tangannya menggeletar sedikit. Buat pertama kali sejak pertarungan bermula, bayangan kekalahan menyelinap ke hatinya apabila melihat makhluk yang Bernama Ancient Dragon Blood memulihkan dirinya sendiri.

Pandangan izumi terkaku apabila melihat urat-urat hitam yang menyala seperti arang hidup merayap di sepanjang sayap dan tubuh Ancient Dragon tersebut, memulihkan luka-luka seolah-olah masa itu sendiri berpatah balik.

> “Dia regenerasi... tanpa darah... tanpa mangsa... mustahil,” bisik Izumi dengan mata membulat.

> “Ratuku, perhatikan pola regenerasi. Ia bukan berpunca dari sistem fizikal... ini—” suara Aly tersekat, analisisnya terganggu.

> “—ini Seni Darah Naga Purba, digabungkan dengan sihir bahasa naga.” R2 melengkapkan laporan itu. “Makhluk ini mencipta semula tubuhnya dengan menyusun semula elemen asas dalam udara dan tanah.”

Tiba-tiba, Ancient Dragon’s Blood membuka mulutnya dan melaungkan sesuatu dalam Bahasa Naga—

> “Vros’tal ien Rha’Zeth!!!”

Langit menjadi gelap serta-merta. Simbol purba darah dan sihir melingkari udara, membentuk lingkaran sihir berdarah di sekeliling tubuhnya. Petir merah menyambar ke arah tanah, memanaskan udara dengan aura kematian.

Kemudian, darah dari udara kosong mula terkumpul di sekelilingnya. Ia menjerap terus ke dalam luka naga tersebut, menyatu dengan dagingnya seperti cecair kehidupan.

> “Izumi... aku mencadangkan kita undur sementara.” suara Aly kali ini sedikit tegang.

> “Tidak.” jawab Izumi dengan mata menyala. “Kalau kita undur sekarang, seluruh wilayah akan jadi korban. Kita tak boleh biarkan dia lepas.”

> “Maka izinkan aku... aktifkan Mode Disaster.”

Aly menukar bentuk. Perisai bahunya terurai, membuka struktur tenaga kristal yang menyerap terus dari atmosfera. Latar belakang seakan membeku seketika—kerana tekanan kuasa yang dilepaskan terlalu besar untuk ruang fizikal biasa.

Izumi pula melepaskan selimut jubah merahnya, dan darah di sekeliling tubuhnya meledak—aktifkan Phase Awakening: Crimson Requiem.

> “Kita bawa pentas ini ke neraka.”

Naga itu melompat tinggi, sayapnya membelah langit yang sudah gelap. Dengan sekali kibasan, dia melepaskan tembakan plasma darah bercampur sihir naga, membentuk tombak darah sebesar menara.

> “RA'TUUNN KRAGHH!!!” jerit naga itu.

Tombak darah itu meluru ke arah Izumi—memecahkan udara, menjerit seperti makhluk yang mahu membunuh langit itu sendiri.

> “Aly! Tahan dengan 'Prism Wall'! Aku akan tembak titik tengah!”

> “Arahan diterima!”

Tembok prisma cahaya muncul, memperlahankan putaran tombak tersebut. Izumi, dalam waktu terhenti sesaat itu, menarik picu nanorailgun mode sniper rifle, dengan darah dari tubuhnya sendiri dijadikan peluru pengacau sihir naga.

> BOOOOOMMMMM!!!

Letupan yang berlaku bukan hanya menggegarkan tanah—ia menggoncang struktur digital dunia itu sendiri. Pemain lain yang berada sejauh beratus kilometer menerima amaran gegaran sistem.

Asap menebal.

Namun Izumi tahu.

Ini baru permulaan.

Bar HP naga itu hanya menurun sedikit.

Ancient Dragon masih berdiri—berlumuran luka, namun tetap gah. Nafasnya mendidihkan udara, dan darah hitam menitis dari sisiknya yang retak. Tetapi ia tersenyum.

> “Kau fikir tembakan itu cukup untuk membunuhku, waris darah purba?” gumam naga itu dalam Bahasa Naga, satu-satu makhluk di dunia ini yang masih bisa mengguna Seni Darah Asal tanpa korban.

Tiba-tiba, Izumi menggigil.

Bukan kerana takut—tetapi kerana sesuatu dalam dirinya mula retak. Getaran dari dalam darahnya sendiri. Ia memanggil, menggali lapisan memori yang dikunci beratus tahun lamanya.

> “T-tak... ini bukan kuasa luar... ini dari dalam diriku...”

Simbol-simbol kuno mula muncul di udara. Tapi kali ini, ia bukan merah berdarah. Ia bersinar dalam cahaya biru terang—seperti pantulan bulan dalam tasik beku.

Dunia Izumi tiba-tiba menjadi sepi.

Dia terjatuh ke dalam ruang bawah sedar, dan di sana, seorang wanita berdiri di puncak medan berdarah.

> “Akhirnya... kau tiba. Pewaris bulanku.”

Wanita itu—Ratu Erofelia Varshamo Trias—masih seperti sebelum ini. Namun kini, nadanya lebih lembut. Wajahnya lebih damai, seperti telah lama menunggu saat ini.

> “Darahmu... bukan sepenuhnya milikku. Kau membawa satu lagi jiwa. Satu cahaya yang aku sendiri tak pernah miliki.”

Izumi terpaku. Cahaya biru mula membalut dirinya.

Dan perlahan-lahan, perubahan itu bermula.

Rambutnya yang putih perak bertukar menjadi hitam pekat, berkilau seperti malam tanpa bintang.

Matanya bersinar biru lembut, dengan lambang bulan sabit yang terukir di bola matanya—bukan sabit darah seperti Erofelia.

Telinganya—yang selama ini runcing seperti vampire—mula melengkung semula, berubah menjadi telinga manusia biasa.

> “Apa... yang berlaku padaku?”

> “Kau bukan aku. Dan itu baik. Kau... harapan baru.”

> “Tapi aku... masih vampire, bukan?”

> “Kau adalah antara dua dunia. Seperti bulan yang setengah gelap, setengah terang. Dan kau... Izumi, akan memilih bentuk takdirmu sendiri.”

Tiba-tiba, dunia dalaman itu meletus dengan cahaya. Dan dalam dunia nyata—Izumi tersedar.

Dia berdiri perlahan.

Langkahnya tenang, aura bulan membalut sekeliling tubuhnya. Cahaya biru lembut menyala dari kulitnya yang pucat. Suasana di sekeliling menjadi senyap. Bahkan naga itu pun menghentikan geraknya.

> [Status Updated: Awakening Phase II – “Moonborn Queen”]

> [Trait: “Dual-Blood Harmony” Activated – Hybrid Form (Human/Vampire)]

> [Bloodline Modified – “Legacy of Light & Shadow”]

> “Aly. R2. Jangan ganggu aku buat masa ni... Aku dah tahu siapa aku.”

Suara Izumi kini berbeza. Tenang. Dalam. Tapi ada kekuatan yang menusuk jiwa setiap yang mendengar.

Dan buat pertama kali, naga itu memejam mata... dan menghela nafas dengan rasa gentar.

[Skill Ultimate Diaktifkan: Battle of Naval - The Ending Ultimate]

[Mode: Hybrid - Serangan & Pertahanan Aktif]

[Mana Konsumsi: 1% Aktif | 0.5%/s Durasi | Regenerasi Aktif > 99% mana drop]

[Passive: +Stat Life Stack, ++Damage, Heal, Defense, Skill Range]

> [Mana: 99% — Passive Regen Aktif | Life Stat +1]

Dan buat pertama kali, naga itu memejam mata... dan menghela nafas dengan rasa gentar.

> “Tak mungkin… aura ini… kau…”

Langit gelap seketika, seolah-olah waktu sendiri membeku. Aura bulan yang menyelubungi Izumi kini memancar tenang dan dingin, seperti sinar malam penuh rahsia. Setiap langkahnya seakan menulis cahaya di udara—garis-garis bulan yang mengalir lembut dari tubuhnya.

> “Aku... bukan bayang-bayang ratu pertama. Tapi... ingatan dia telah pulang bersama aku.”

Izumi mengangkat wajah. Mata birunya kini bercahaya lembut, dan di tengah irisnya—terbentuk simbol bulan separa yang berputar perlahan, seperti dimensi dalam dirinya terbuka. Rambutnya yang dulunya perak kini menjadi hitam pekat, bergelombang perlahan, memantulkan cahaya bulan seperti sutera malam. Telinganya berubah—bukan lagi tajam seperti vampira, tapi manusia biasa.

> “Kenapa bentukmu berubah…?” suara naga itu retak dalam bisikan.

> “Kerana ratu pertama… tak pernah sepenuhnya milik mana-mana kaum. Dan aku… waris kehendaknya, bukan takdirnya.”

Nafas naga itu tersekat. Matanya terbuka luas, dan dari dalam benaknya—cahaya tua menyala. Secebis kenangan yang lama tersembunyi mula muncul dari serpihan jiwanya. Seorang wanita berdiri megah di depan seekor naga muda, tangannya menyentuh dahi makhluk itu.

> “Bersembunyilah. Dunia belum bersedia untuk kehadiran kalian. Aku akan tanggung semuanya. Aku minta maaf… kerana meninggalkan kamu.”

> “...Kami takkan lupa. Tapi kami juga takkan maafkan.”

Memori itu terurai—dan naga itu meraung marah. Satu lingkaran sihir muncul di langit, terbina dari tulisan purba bahasa naga dan urat darah yang berdenyut. Tanah mula pecah, dan udara menjadi berat seperti dihimpit gunung.

> “Izumi! Pewarisnya… kau fikir kau boleh ubah segalanya dengan ingatan usang itu?! Dunia ini dah rosak, dan bangsamu—vampira!—biarkan ia hancur!”

> “Mungkin aku tak mampu menang... tapi aku tetap akan melindungi apa yang tinggal. Sebab aku bukan ratu pertama. Aku Izumi. Dan aku pilih untuk lawan.”

BOOOOM!!!

Ledakan pertama dari sihir naga menghentam medan, membelah batu dan melukis langit dengan api berdarah. Namun Izumi tak berganjak—kedua belah matanya bersinar dengan cahaya bulan suci, menentang kekuatan silam yang pernah tunduk pada nenek moyangnya.

Pertarungan pun bermula—antara dendam berkurun dan harapan yang baru lahir.

TINGGG—!!

Serangan Moonfang – Elegy of the Last Queen menghentam naga darah itu tepat ke jantung sihirnya, menyebabkan aura darahnya berpusing ganas. Letupan tenaga bulan dan darah mewarnai langit dalam ledakan senyap yang menggoncangkan tanah.

Naga itu tergamam—tubuhnya terundur sedikit buat kali pertama sejak pertarungan bermula. Dari matanya, kilatan memori lama bergetar. Bayangan Ratu Pertama terserlah—seolah menyeru sesuatu dari dalam dirinya.

> “Kau... aku kenal suara itu. Tapi aku... aku tak boleh lupa pengkhianatan itu!!”

Raungan naga berubah—lebih dalam, lebih menakutkan, seakan bergema dari dasar neraka. Sihir darahnya membentuk pusaran hitam, dan dari dalamnya tubuh naga itu mulai berubah. Sisiknya pecah, tumbuh semula dalam bentuk kristal hitam darah; sayapnya membelah menjadi dua pasang dengan sulur merah tua seperti urat jiwa.

> [Boss Update: “Disaster Ancient Dragon – Abyssal Blood Wyrm” (World-Class Threat – Unstable Phase)]

[Disaster Ancient Dragon: mengaktifkan skill – penghalang sihir]

Tanah di sekeliling runtuh. Angin terhenti. Suhu menurun drastik. Malam itu menjadi malam abadi.

Izumi terpaku. Nafasnya bergetar.

> “Ini... ini bukan kuasa biasa. Dia... bukan lagi makhluk dunia ini.”

BOOM!!!

Naga itu menerpa dengan kelajuan mustahil—dan Izumi hanya sempat mengangkat pedangnya untuk bertahan. Dentuman berlaku. Kawasan sekeliling berkecai, formasi bulan pecah satu demi satu.

[B.O.N: Passive — mencipta pelindung sihir untuk melindungi pengguna]

Izumi melayang jauh—HP-nya jatuh separuh. Perisai sihir yang dicipta oleh skil ending ultimate Battle Of Naval hancur dalam sekali serangan.

[HP: 50% — Passive HP Regen meningkatkan]

[Mana: 19% — passive MP | Life Stat +80]

> “Aly...! R2...!”

> “Maaf, Ratu... kami tak dapat menembusi penghalang sihir ini! Semua sistem luar terkunci!” laung Aly, tersekat dalam bilik taktikal di dalam Drak Blood Ship.

R2 berulang kali cuba mengakses sistem sokongan—tapi setiap fungsi dikunci oleh sihir darah purba naga itu. Mereka hanya mampu melihat dari jauh.

> “Izumi! Lepaskan kuasa awakening sepenuhnya!” jerit Aly.

> “Tak boleh... badan aku tak mampu tahan...”

Naga itu mengaum lagi. Kali ini, dengan teknik sihir darah dan bahasa naga:

> “Hancur dan dilupakan, warisan palsu dari bayang-bayang ratu.”

RAAAAAAAGGHHH—!!!

Serangan bertubi-tubi menimpa Izumi. Dia mengelak, bertahan, menyerang balas... tapi setiap serangan hanya melukai permukaan naga itu. Dia kehabisan nafas, kekuatan bulan semakin lemah, dan jiwanya mula bergoyang.

> [Warning: HP < 8% | Soul Stability: Weakening]

[HP: 8% — Passive HP Regen dibatalkan]

[Mana:0% — passive Regen MP dibatal | Life Stat +100]

> “Maaf... Aly... R2... Mama... Papa... Aku... mungkin belum cukup kuat...”

Letusan terakhir berlaku—Izumi dihentam ke tanah, mencipta kawah besar berdarah bulan. Matanya terbuka separuh, dan dia pengsan—tubuhnya tak bergerak, hanya nafas perlahan membuktikan dia masih hidup.

Naga itu turun dari langit perlahan, memandang tubuh kecil Izumi.

> “Kau kuat... tapi masih belum layak. Tapi... kau bawa suara yang aku pernah rindu. Itu satu perkara yang tak semua mampu buat.”

Ia tidak membunuh Izumi. Sebaliknya, ia berpaling... dan menghilang ke langit merah, meninggalkan medan itu dalam sepi dan reruntuhan.

> [Quest sampingan Update: “Legacy of the First Queen – Path of Blood & Moon”]

Fasa 1 Tamat: Moonborn Queen Tewas… tapi diterima. Kenal pasti punca.

Langit tetap merah, malam tetap diam. Tetapi sayap naga itu—yang selalunya megah membelah awan—kini bergetar, seperti terbelah oleh rasa yang lebih berat dari ribuan tahun dendam yang pernah dikandung.

Setiap kali kepaknya melibas udara, ia seperti melawan suara dalam hatinya sendiri.

> “Dia... dia bukan Ratu Pertama... tapi kenapa aku lihat bayangnya dalam matanya? Kenapa suara itu menyentuh jiwaku... seperti dulu?”

Kenangan itu datang tanpa henti—ketika dia masih seekor naga muda, dijaga dan dibimbing oleh Ratu Pertama yang pernah mengasihi semua makhluk tanpa mengira darah. Walau mereka berbeza, mereka adalah sahabat. Saudara.

Dan kini... dia telah mengangkat cakar pada bayangan itu. Pada satu-satunya cahaya yang pernah membuatnya percaya pada dunia ini.

“Apa yang aku dah buat...?”

Tubuhnya terus terbang—tapi jiwanya tak bergerak. Luka bukan hanya pada sisik atau sayap, tapi di dasar hati yang selama ini keras oleh amarah. Satu tangisan berdarah jatuh dari matanya, namun ia segera membelok, kembali ke arah medan yang telah hancur.

---

Tapak Pertempuran

Aly masih berusaha, matanya berkaca. R2 terdiam dalam mod pemulihan, dan kapal Drak Blood Ship kekal tergantung dalam udara, seperti roh tanpa arah.

Izumi terbaring, wajahnya tenang—tapi tubuhnya lemah, terbaring di atas tanah retak berlumur cahaya bulan dan darah. Cahaya sistem masih berkedip perlahan:

> [Status: Critical | Soul Wave Stabilizing…]

[Awaiting external intervention…]

Tiba-tiba, langit bergegar.

Aura hitam-merah kembali, tetapi kali ini... ada hembusan angin lembut bersamanya. Naga itu turun, sayapnya perlahan, dan cahaya kristal di tubuhnya kini tidak bersinar ganas, tapi... berdenyut perlahan, seperti cahaya pelita dalam kabut.

Ia mendarat, menghampiri penghalang sihir yang diciptanya sendiri—dan tanpa sebarang kata, menghancurkannya dengan satu hembusan nafas bercampur dengan sihir purba.

Aly terkejut.

> “Dia... kembali?”

Langkah perlahan dibawa naga itu ke arah tubuh Izumi.

Dunia senyap.

Dan untuk pertama kali dalam ribuan tahun... naga itu tunduk. Dahi raksasanya menyentuh tanah di sisi Izumi. Nafasnya hangat, namun penuh rasa sayang.

> “Maafkan aku... Izumi. Aku... tak sepatutnya menyakiti kau.”

Ia mengangkat satu cakarnya dan meletakkan di atas dada Izumi perlahan-lahan, melepaskan aura darah dan jiwa purba ke dalam tubuh Izumi—bukan untuk memberi kuasa, tetapi untuk menyembuhkan. Untuk menebus.

> [Healing: Forbidden Blood Restoration – Class: Soul Reconnection]

[Status: Recovered | Awakening Locked Temporarily for Stabilization]

Tubuh Izumi mula bercahaya biru lembut. Nafasnya kembali perlahan, stabil. Wajahnya sedikit meringis sebelum kembali tenang.

Naga itu memandangnya.

> “Aku tak layak jadi pelayanmu. Tapi... aku mohon, izinkan aku menjadi adikmu. Sebagai seseorang yang akan melindungi kau bukan kerana darah... tapi kerana cinta yang aku pernah berikan pada Ratu Pertama. Dan yang kini, aku ingin beri pada kau.”

Ia membisikkan nama lama yang pernah diberi oleh Ratu Pertama:

> “Nama aku dulu adalah Nimaria. Tapi dunia lupa. Jika kau izinkan... panggil aku ‘Mia’—adikmu.”

Dan malam itu, langit yang dulu merah mula berubah ke biru gelap. Tenang. Cahaya bulan kembali bersinar.

[Lokasi: Drak Blood Ship – Ruang Pemulihan Khusus | Sistem Automatik Aktif]

Suasana sunyi. Hanya bunyi desiran mesin, dan degupan lembut sistem bio-sintetik bergema seperti denyutan nadi. Ruangan itu putih, bersih, dan dilingkari cahaya biru dari tiub perubatan dan lapisan pelindung berteknologi tinggi.

Izumi masih tak bergerak, tubuhnya dibalut helaian tipis penstabil mana. Rambut hitam terurai di atas bantal sintetik. Simbol bulan di matanya samar-samar berkilau. Dia kelihatan tenang, tapi jauh di dalam... sistem jiwanya masih memproses trauma dan data dari pertempuran sebelumnya.

R2 duduk di sisi, tangannya menggenggam sarung tangan diagnostik, dan sesekali menyentuh panel hologram.

Aly, dalam bentuk humanoid ringkasnya, bersandar di pintu—matanya sayu. Wajah biasanya yakin, kini muram.

Beberapa unit robot medik mengelilingi Izumi—tubuh sintetik mereka bekerja tanpa suara.

Tiba-tiba, langkah tapak kaki bergema.

Seorang gadis masuk, berpakaian gaun penyihir merah gelap berhiaskan simbol kuno sihir darah. Rambutnya ungu berombak, berikat longgar di belakang. Wajahnya muda—sekitar umur 15 tahun, tetapi aura dia bukan kanak-kanak biasa.

Matanya... seperti pernah menatap dunia terbakar.

Dia melangkah ke arah Izumi, berdiri hanya setinggi dada aly. Tangannya membawa buku kecil bercahaya teknik art pemulihan darah.

Aly memandang ke arah gadis itu. “Kau tak patut—”

> “Izinkan aku tengok dia... aku hanya nak tengok.”

Suaranya lembut, hampir seperti bisikan.

R2 menoleh, tetapi tidak menghalang.

Gadis itu meletakkan bukunya di hujung katil dan duduk perlahan di kerusi sisi Izumi. Jarinya menyentuh lengan Izumi—dan aura aneh mengalir. Aura yang bukan menyerang, tapi... seperti suara lama memanggil semula serpihan jiwa.

> “Kakak... awak ni... pelik sangat,” bisiknya perlahan.

Air mata mengalir di pipinya—tetapi ia bukan tangisan lemah. Ia tangisan rindu.

---

> [Status: Stabil | Kesedaran Kembali Dalam 2... 1...]

Izumi menghela nafas panjang.

Matanya terbuka perlahan.

Cahaya biru itu masih di sana. Tapi wajah yang pertama kali dilihatnya... bukan R2, bukan Aly.

Tapi seorang gadis kecil berpakaian merah yang memandangnya seperti seorang adik menatap kakaknya yang lama hilang.

Kelopak mata Izumi perlahan-lahan terbuka. Cahaya biru malap dari siling kapal menyambut pandangannya. Rasa sejuk dari sistem pemulihan menyelimuti tubuhnya yang lemah—dan seluruh bilik sunyi, kecuali dengusan perlahan dari mesin penyembuh dan denyut lembut sistem monitor.

Nafasnya berat. Badannya hampir tak mampu digerakkan.

> [Status: HP – 19%]

> [Sistem Auto-Pemulihan Aktif – Jangan Bergerak.]

> [Sinkronisasi Memori “Moonborn Queen” – 72%]

"Jangan paksa diri," satu suara lembut menyapa.

Izumi terpinga. "...Siapa... kau?"

Gadis itu tersenyum perlahan, kemudian tunduk sedikit, seperti seorang adik memohon maaf.

“Maafkan aku... kerana hampir membunuhmu. Aku... Ancient Dragon. Salah seorang pelindung ratu pertama. Namaku dulu ada Nimaria , tapi jika kau izinkan... panggil aku Mia.”

Izumi terkedu. "Kau... berubah jadi manusia?"

Mia mengangguk. “Tubuh ini… adalah bentuk lamaku, sebelum aku disumpah menjadi naga. Kini, setelah memori lama kembali—melihat wajahmu, merasai auramu... aku tahu. Kau... ialah bayangan dan pewarisnya.”

Dia mendekat dan memegang tangan Izumi yang lemah.

“Maaf... kerana aku terlalu buta dengan dendam. Aku sepatutnya melindungimu sejak awal. Aku tak mahu jadi bawahanmu… tapi izinkan aku berada di sisimu. Sebagai adik. Dan kau... kakakku.”

Seketika, kristal darah di hujung rambutnya bersinar samar. Cahaya merah itu meresap ke tubuh Izumi, hangat dan menyembuhkan.

> [Status Diperbaharui – “Bond of Legacy: Elder Dragon Sister – Mia”]

> [Trait Baru Aktif: “Dragonblood Healing Sigil” – HP + Mana Recovery x2 ketika bersama Mia]

R2 dan Aly muncul di ambang pintu, memerhati dalam diam. Tak ada yang berkata apa-apa. Kerana semua tahu... sesuatu yang besar sedang bangkit semula.

Dan perikatan antara salah satu dari darah naga kono dan darah ratu—akhirnya disatukan kembali.

---

More Chapters