WebNovels

How to live in a normal way

Solofish
--
chs / week
--
NOT RATINGS
5.8k
Views
Synopsis
Insan yang menjadi swordmaster ketika umurnya baru sahaja mencecah 12 tahun. Di saat panji kekaisaran berkibar ganas membaham kerajaan-kerajaan lain, hanya dia yang berjaya mengasak mundur kekaisaran utama ketika berumur 14 tahun. Setelah menginjak usia 15 tahun dan diberkati gelar panglima, di bawah komandonya pasukan bengis etnik barbar berjaya dikalahkan setelah sekian lama menguhuru-harakan dataran utama. Menakluk dragroness tanpa mengeluarkan pedang dari sarungnya, makhluk yang menjadi lambang kerajaan Draconia terkenal akan kuatnya menyanjung naga suci. The young Sentinel gelarannya. Namun, setelah dianugerahi gelar terhormat, keberadaanya menghilang. Sehinggalah pedangnya muncul di pelelangan antarabangsa.
Table of contents
VIEW MORE

Chapter 1 - A Simp

Insan yang menjadi swordmaster ketika umurnya baru sahaja mencecah 12 tahun.

Di saat panji kekaisaran berkibar ganas membaham kerajaan-kerajaan lain, hanya dia yang berjaya mengasak mundur kekaisaran utama ketika berumur 14 tahun. 

Setelah menginjak usia 15 tahun dan diberkati gelar panglima, di bawah komandonya pasukan bengis etnik barbar berjaya dikalahkan setelah sekian lama menguhuru-harakan dataran utama. 

Menakluk dragroness tanpa mengeluarkan pedang dari sarungnya, makhluk yang menjadi lambang kerajaan Draconia terkenal akan kuatnya menyanjung naga suci.

The young Sentinel gelarannya. 

Namun, setelah dianugerahi gelar terhormat, keberadaanya menghilang.

Aku tahu ini dari sinopsis tetapi begitulah cara mereka mengenalku, mengi

dolaku. Bahkan ada yang membuat kultus menggunakan nama aku.

Tapi sekarang tidak lagi. Aku sedar aku perlukan perubahan. Takkan berada lagi di bawah seseorang.

Jadi aku buat plan. Sewaktu sambutan sowrdmasterku ke-8, aku menghilang dari pesta yang dibuat untukku. Aku tak suka keriuhan.

Aku lebih suka...

Menuju keamanan yang aku inginkan.

Dan ada alasan kenapa aku bertindak begini.

300 tahun berlalu...

Manusia mengalami perkembangan pesat dalam teknologi dan ketamadunan manusia. Kebanyakannya sudah berubah seiring dengan zaman namun peranan swordmaster masih lagi kekal sebagai pusat kekuatan negara.

Apa yang aku lakukan sekarang? sudah tentulah menghadapi hari yang sial ini.

Untuk 100 tahun pertama hidupku sebagai pelarian, aku dapat hidup dengan melakukan quest yang diberikan penduduk setempat. Aku masih yakin dengan keputusan yang aku buat.

Namun...

Habis sahaja seratus tahun pertama, semua kesengsaraan aku bermula apabila revolusi industri berlaku. Negara mula memperketatkan syarat undang-undang terutama kepemilikan kewarganegaraan.

Dari timur ke barat, aku berkelana jauh supaya kerajaan tak dapat kesan aku dan paksa aku kembali menjadi swordmaster.

Satu saat aku menjadi tukang pos kuda, kemudian berubah menjadi tentera sewaktu perang dunia pertama dan kedua manakala menjadi jutawan semasa perang dingin.

Sekarang? Menjadi pengemis tegar.

Pernah aku menyerah untuk hidup namun rezeki pencenku tidak pernah salah alamat. 

Semasa aku merayau di pulau buatan manusia terbesar Atlantis sebagai pengemis yang terkenal dengan kelicikan yang menipu ramai orang (the simp beggar), aku terserempak dengan seorang lelaki yang lagaknya bagaikan putera kayangan mendekatiku.

Aku pun apa lagi, keluarkan jurus pemungkas pengemis di mana peratusan berjaya amatlah tinggi (99.9%) dan sukar dilepasi.

Namun, Tugu Monas bukanlah dibina dalam satu hari. Dan kejayaan takkan datang di kemudian hari jika kamu berusaha hari ini. (melainkan kabel kau kuat).

Begitulah apa yang aku rasakan(Kalian mungkin tak faham tapi anggaplah buat-buat faham). Perbuatan putera kayangan bukan sahaja mempermalukan aku di hadapan rakan seperjuangan pengemis aku bahkan mencalar imej aku sebagai seorang pengemis.

Kalau dia hiraukan aku, aku faham. Aku boleh tahan.

Tetapi, kalau sampai menunduk dengan sopan lalu mengambil sesuatu dari dompetnya seolah-olah masa diperlambatkan 20 kali ganda. Pada saat itu mata aku sudah berbinar dah, mimpi tidur di hotel lima bintang bersama beefsteak half-cook pada malam ini.

Kemudian.

Sekeping kad. Semua berkenaan tentang dia (biodata dan apa-apalah), dan pergi meninggalkanku membatu selama sehari (lebih tepatnya 5 jam). Hanya itu yang kudapatkan.

Kad merenungku. aku merenung balik. Aku menjeling. Kad pun menjeling.

Aku bangun dan turun dari tong sampah tempat aku duduk. Dan bertekad lalu melaung. "Aku akan balas dendam!" Dalam hati aku dah bersumpah untuk membuang kadnya ke dalam tong sampah. Tapi, hatiku terdetik untuk bacanya menggunakan auraku sebagai swordmaster.

Aku kutip balik dari tong sampah dan melihat namanya. Macam pernah dengar.

- Thomais Ruelle

Aku menyalurkan manaku ke ibu jari aku dan menggeserkannya ke permukaan kad. Manaku bereaksi dengan bahan khusus yang terdapat pada kad menghasilkan corak yang hanya difahami oleh swordmaster. Apa yang tertulis...

Datang jumpa aku.

Aku dah agak dari awal semasa dia cuba menyembunyikan kekuatan dari awal.

Sehebat manapun kamu menyembunyikan mana, tetap akan ada celah yang akan kelihatan.

Aku mengaku, seorang simp tetaplah seorang simp. Duit adalah senjata yang umat manusia waib miliki.

Dan sekarang masalah kewangan sudah diselesaikan.

Aku silap. Dia bukanlah tuan putera biasa, melainkan tuan putera kelas pertama.

Aku ketawa mengetahui bahawa kebijakanku masih belum berkarat... tapi aku lupa di mana aku berada. Khalayak ramai. Majoriti memandangku dengan tatapan yang mengatakan aku orang aneh.

Aku tahu aku introvert. Tapi. Aku sedar dengan kesilapanku.

Sejak itu, ketebalan mukaku meningkat 20 cm.

Dan tiada lagi pengemis!